Isnin, 9 November 2009

Pelbagai Manafaat Mineral

Secara Purata kandungan air didalam tubuh ialah sebanyak 65peratuas. Meskipun mineral atau garam galian hanya menyumbang kepada 5 peratus daripada berat keseluruhan badan, namun ianya amat penting untuk menjamin kesihatan.Kekurangan mineral boleh mengganggu fungsi organ dalaman yang secara tidak langsung menjejaskan kesihatan.

Malangnya tubuh tidak mampu menghasilkan mineral yang di perlukannya. Mineral berkenaan perlu diperolehi daripada makanan dan minuman kita setiap hari.

Kaedah mudah untuk tubuh mendapatkan garam galian yang penting ialah dengan meminum air mineral setiap hari. Dan kerana itulah masyarakat Cina gemar meminum sup kerana khasiat yang terkandung didalam air lebih mudah meresap kedalam tubuh.

Pelan Air Mineral Famili Diamond mampu menawarkan air mineral berkhasiat lagi bermutu sama seperti yang dibotolkan dan dijual dipasaraya. Pelbagai kajian saintifik yang dijalankan mengesahkan Air Mineral Diamond mengandungi mineral yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium,magnesium,sodium,silikon dan sebagainya.

Kandungan silikon misalnya berfungsi menggalakkan pertumbuhan sel untuk metabolisma dan pernafasan. Ia juga menguatkan tulang merangsang pertumbuhan rmbut,kuku dan sel kulit baru. Silikon juga didapati bertindak menghalang sisa almunium daripada berkumpul di dalam otak yang mengakibatkan penyakit alzheimer(nyanyuk)

Kalsium pula amat penting untuk pembentukan tulang manakala zat besi amat diperlukan oleh hemoglobin dan myglobin didlam darah. Begitu juga dengan magnesium yang membantu kepada pertumbuhan tulang dan gigi serta memainkan peranan penting kepada tubuh termasuklah sistem metabolisma,membentuk asid nukleik dan protien. Proses biologi badan yang membabitkan tugas menukar glukos kepada tenaga serta degupan jantung memerlukan magnesium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan