Isnin, 9 November 2009

Air Mineral yang bermutu tinggi sangat berharga

mengapakah Air Mineral Yang bermutu Tinggi Sangat berharga?

Air mineral adalah yang dihasilkan secara semula jadi.Air mineral terbentuk apabila ia melalui proses"penapisan"tanah yang mengandungi pasir dan batu mineral.Batu mineral berkenaan pula terhasil daripada proses geologi dalam bumi beratus-ratus tahun dahulu.Oleh sebab itu, air mineral mengandungi khasiat yang banyak dan sangat baik untuk kesihatan.

Air mineral yang bermutu tinggi mempunyai rasa manis dan molekul airnya pula sangat halus, oleh sebab itu ia mudah diserap oleh badan. Maka tidak hairanlah jika air mineral yang bermutu sangat berharga dan sangat mahal di pasaran selepas ia dibotolkan. Ianya juga sangat sukar diperolehi disebabkan proses semulajadi yang terpaksa dilaluinya.

Lazimnya air mineral bermutu tinggi diperolehi dari tempat-tempat terpencil yang sangat sukar ditemui kerana masaalah perhubungan atau pengangkutan, contohnya Pergunungan Alps di Perancis.

Berbaloikah anda berpindah dan tinggal di tempat terpencil seperti itu semata-mata hendak menikmati atau mendapatkan manafaat air mineral ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan